Aneh!!! Video Tukang Gunting Guna Pahat dan Tukul Potong Rambut Pelanggan

Aneh Guna Pahat dan Penukul Potong Rambut Pelanggan

Aneh Guna Pahat dan Penukul Potong Rambut Pelanggan

Aneh.. ingatkan tipu rupanya memang benar-benar belaku di Mesir. Berita ini telah disiarkan di Alarabiya.net kemudian di siarkan kembali di Tribunnews.com. Kali ini MySumber Info membongkar kisah pemuda yang bernama Ahmed Abu Al Ainain yang memotong rambut pelanggannya hanya mengunakan PAHAT & TUKUL. Hebat dia ni…

Video Tukang Gunting Guna Pahat dan Penukul Potong Rambut Pelanggan

Ahmad menceritakan dirinya ingin mencipta gaya yang baru dalam kerjaya sebagai tukang gunting dan cukur. Ini semua hanya untuk memberi kepuasan kepada pelanggannya. Herannya ada jugak pelanggan yang berani bagi kepala pada si Ahmad ni. Kalau terketuk masuk terus macam mana? Itulah ragam dunia, macam-macam pekara pelik yang akan kita jumpa seharian.

Tapi… bukan semua pelanggan yang berminat buat cara yang begini. Hanya pelanggan yang berani dan minta Ahmad guna metode ini baru dia pakai cara ini. Pelanggan yang berminat pun juga pelik, katanya cara cukur guna pahat dan penukul ini boleh melancarkan peredaran darah. Banyak tengok DVD ni…

Hanya Ahmad yang berumur 25 tahun yang menggunakan teknik ini di Mesir. Bagi anda yang nak merasa bagaimana, bolehlah ke kedai gunting Ahmed di Cairo.

Hot!!!  Asal Usul Poster “KEEP CALM” - Netizen Kena TAHU

admin