Asal Usul Poster “KEEP CALM” – Netizen Kena TAHU

Beberapa tahun kebelakangan ini, kalau kita Google, banyak poster “Keep Calm” kita boleh tengok.

“Keep Calm and” dot dot tambahan ayat belakang.

Dari mana asal datangnya semua ni?

Sebenarnya, poster pertama dicipta adalah sebagaimana gambar di bawah, dengan slogan “Keep Calm and Carry On” dengan simbol Tudor Crown di atasnya, iaitu simbol kebangsawanan British, berserta latar belakang warna merah.

“Keep Calm and Carry On” bermaksud bertenanglah dan teruskan perjuangan.

Poster ini wujud kali pertama pada tahun 1939 dalam persediaan menghadapi Perang Dunia Kedua.

Ini adalah poster yang direka oleh Kementerian Informasi British yang ditugaskan untuk melancarkan publisiti dan propaganda. Tujuan asal ciptaan poster ini adalah bagi menaikkan semangat tentera British dalam peperangan.

Asalnya, poster ini dicetak sebanyak 2.45 juta. Begitupun, hampir tiada satu pun yang pernah menjadi paparan umum pada ketika era peperangan itu. Pendek kata, orang tak tahu kewujudannya.

Sampailah satu masa pada tahun 2000, poster ini ditemui di Barter Books; sebuah kedai buku di Alnwick, England. Di situlah bermulanya poster ini mendapat perhatian.

Dan mungkin kerana slogan “keep calm” yang dianggap menarik, banyak parodi dan “meme” dibuat di internet.

Keep Calm and Hate Apple (dengan logo Windows di atasnya).
Keep Calm and Hate Microsoft (dengan logo Apple di atasnya).
Keep Calm and Eat A Lot.
Keep Calm and Watch TV. Macam-macamlah parodi yang dibuat.

 

Keep Calm MEME

Keep Calm MEME

Keep Calm MEME Batman

Keep Calm MEME Batman

Itu belum lagi parodi dalam alihan bahasa. Orang Melayu kita pun ada buat.

Tenang Saja dan Mari Mengundi.
Bawa Bertenang dan Gemukkan Diri.

Humaira Khadijah

Hot!!!  Apa Yang Pemuda Ini Lakukan Amat Memeranjatkan Semasa Dalam Pesawat

admin