Cantiknya Iman Farrar Gadis Malaysia yang Popular di Australia dan Indonesia


Anak Malaysia ( asal Pasir Puteh, Kelantan) yang kini bermastautin di Sydney, Australia, Iman Farrar kini popular di negara kanggaru dan juga di Indonesia. Dia kerap diundang mengadakan persembahan bersama kumpulan nasyidnya.

Insan istimewa ini mempunyai suara yang sangat gemersik merdu. Alhamdulillah beliau menggunakan suara yang merdu itu ke jalan yang tidak sia-sia dengan berdakwah untuk semua lapisan masyarakat supaya mencintai Islam. Semoga ada ganjaran yang baik untuk beliau.

Iman bersama kumpulannya The Malay Chanting Group sering mendapat undangan mengadakan persembahan yang bukan hanya dihadiri masyarakat Malaysia, malah kelumpuk Islam lainnya.

Video Nyanyian Nasyid Kumpulan The Malay Chanting Group

Mereka muncul dalam majlis berskala besar yang menjurus ke arah pengisian keislaman misalnya sambutan Maulidul Rasul dan sambutan acara lain lain. Khabarnya Iman berasal dari Kelantan dan menetap di sana.

Groupnya dianggotai kesemua ahli wanita. Ada ibu serta adiknya, Khadeeja yang masih kanak-kanak. Iman ialah penyanyi utama kumpulan itu.

Mereka mempersembahkan lagu-lagu dalam bahasa Arab, Inggeris dan tidak ketinggalan lagu Melayu. lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza juga dipersembahkan dengan lirik yang berbeza dengan judul Cindai Sifatullah. Mereka juga mempersembahkan lagu popular kumpulan Raihan.

Gambar Iman Farrar

Biodata Iman farrar

Biodata Iman farrar

Incoming search terms:

Hot!!!  Dj Radio Tempatan Jadi Viral Gara2 Beberapa Keping Gambar Beliau Yang Super Ohsem Membuat Jejaka2 TerPUKAU

admin