Che Ta Mengamuk Di Instagram Kerana Diganggu Pengkid?

Nampaknya Che Ta seperti sudah hilang sabar dan ingin mengamuk kerana diganggu oleh peminat wanita berkenaan bertalu-talu sehingga terpaksa meluahkannya menerusi laman sosial untuk memberi pengajaran kepadanya.

Pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta hari ini mendedahkan dia diganggu oleh seseorang yang disifatkan sebagai pengkid menerusi laman Instagram miliknya.
Nampaknya Che Ta seperti sudah hilang sabar dan ingin mengamuk kerana diganggu oleh peminat wanita berkenaan bertalu-talu.

Berikut merupakan antara status yang ditulis oleh isteri kepada Zain ini menerusi laman Instagram miliknya.
“Allah dah bagi kau jadi pompuan kau nak jadi jantan!!!
“Dah jadi jantan, kau kacau bini orang!!! Kau nak jadi apa sebenarnya???
“Kau dok bersayang-sayang dengan bini orang, muntah la dik!!!
“muhasabah la diri!!!”
Katanya lagi, ini merupakan jalan terakhir yang dilakukan secara terpaksa kerana wanita berkenaan tetap berdegil mengganggunya.

Pendek kata wanita itu ‘tidak makan saman’ kerana cara sebelum ini seperti memarahinya pun seperti tidak dipedulikan.
“Pujuk tak makan saman, marah pun kau tak heran, ini ja makan kau bila aku terpaksa up gambaq muka ala2 jantan kau dik!”

Che Ta juga memuatnaik gambar wanita berkenaan yang ternyata dia merupakan seorang penyanyi baharu yang menjadi tular baru-baru ini, dikenali sebagai Delladellon.
Sebelum ini penyanyi tersebut mencetuskan kontroversi apabila membuatkan peminat berasa keliru dengan jantinanya yang kelihatan seperti lelaki.
Menerusi satu temubual bersama Mstar Online pada bulan April lalu, Delladellon mengakui yang dia sebenarnya memang seorang wanita.
Berikut pula merupakan antara reaksi para peminat Che Ta yang terkejut dengan pendedahan itu.

“Ha itu dia mummy Aishah sudah naik hangin, kesian, sakit teruk budak ini, moga diberikan hidayah.”
“Ish manusia macam ini pun ada?
“Agaknya dia ingat rupa dia macam Zain Saidin kot.”

Hot!!!  Video Penuh - Fasha Sandha Gelek Sakan Nyanyi Lagu I Am Me .... Jangan Tergoda Pulak

Begitulah antara komen yang diberikan oleh para pengikut Che Ta yang ternyata menunjukkan mereka berada di pihak Che Ta dan tidak menyokong tindakan penyanyi itu mengganggu kehidupan isteri kepada Zain ini.

Perkongsian : http://www.gempak.com/

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge