Filem ‘Kau Yang Satu’ Terbitan Astro Shaw Rugi RM2 juta Selepas Dicetak Rompak

Filem ‘Kau Yang Satu’.. menjadi mangsa cetak rompak terkini. Masih belum usai lagi masalah cetak rompak ini. Bagaimanalah karyawan Malaysia nak menghasilkan karya yang hebat jika asyik menjadi mangsa lanun yang tidak bertangungjawab ini.

KUALA LUMPUR: Belum lagi mencecah dua minggu selepas tarikh penayangan, filem arahan Osman Ali berjudul Kau Yang Satu mula tersebar di media sosial selepas dicetak rompak secara semborono oleh dua individu yang tidak bertanggungjawab.

Filem itu tersebar menerusi media sosial Facebook secara live selepas individu itu didakwa membuat rakaman secara haram ketika menontonnya di sebuah panggung wayang, baru-baru ini.

Tiada maklumat didedahkan tentang panggung wayang menjadi lokasi rakaman terbabit.

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan produksi filem tersebut mengalami kerugian sejumlah RM2 juta.

“Apa yang dimuat naik itu sudah mendapat 200,000 ribu viewers, bererti jika tiket wayang itu berharga RM10, Global Station dan juga Astro sebagai penerbit sudah mengalami kerugian sebanyak RM2 juta,” kata Khairul Anwar ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairul berkata beliau juga berasa terharu atas sokongan dari pihak industri tempatan kerana berada di pihak beliau untuk mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

Beliau turut berkata, perkara seperti ini dapat dibendung oleh pihak yang berkenaan agar industri tempatan di Malaysia terus berkembang maju.

Filem “Kau Yang Satu” merupakan filem romantik arahan Osman Ali terbitan Astro Shaw, Global Station dan Nuansa yang telah mula ditayangkan di pawagam bermula 27 Julai lalu.

Penolong Penerbit, Adira Ramly dari Global Station melahirkan rasa kesal apabila menyedari filem tersebut disiarkan secara live di facebook. Menurut beliau, rakaman tersebut dirakam di dalam pawagam yang tidak dapat dikenalpasti.

Hot!!!  Luahan Sayu Adira...Sampai Hati Dato Red LAYAN Adira Macam ni, Kasihan Anak Bini

Sehubungan dengan itu, pihak produksi telah membuat laporan polis bagi mengusulkan kes itu kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi tindakan selanjutnya.

Dibintangi Aaron Aziz, Izara Aisyah, dan Soo Wincci, ‘Kau Yang Satu’ merupakan adaptasi novel nukilan, Nia Azalea.

Sumber: http://www.astroawani.com

Untuk lebih berita dan lebih cerita sila klik kotak dibawah…

admin