Formula Baru Harga Minyak Malaysia Bakal Ganti Harga Minyak Mingguan

Satu formula baharu harga minyak Malaysia akan diumumkan sebaik rundingan akhir dengan syarikat minyak selesai minggu hadapan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, formula berkenaan bagi menstabilkan industri minyak.

LARUT 16 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bakal mengumumkan satu formula baharu yang dijangka bakal menguntungkan semua pihak termasuk pengguna, pengusaha stesen serta syarikat minyak di negara ini dalam usaha menstabilkan industri minyak negara. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, formula harga minyak Malaysia baharu bakal menggantikan formula sedia ada yang akan diumumkan pada minggu depan itu dan diharap dapat diterima oleh semua pihak kerana ia dilakukan demi kepentingan rakyat secara keseluruhan.

“Saya sedang mencari satu formula dan insyaAllah, saya akan bincang sekali lagi dengan syarikat-syarikat minyak.”Pada minggu lepas, saya sudah berbincang dengan mereka, begitu juga dengan Kementerian Kewangan. Jadi, minggu depan adalah perbincangan terakhir dengan syarikat-syarikat minyak. Maka, saya akan umumkan bagaimana untuk menstabilkan industri kita ini,” katanya.

Sebelum ini rakyat rakyat terpaksa menunggu harga minyak setiap malam rabu untuk minggu seterusnya setelah formula harga minyak mingguan dikenalkan menganntikan harga bulanan. Sepatutnya pihak KPDNKK melakukan perbincangan dengan lebih teliti sebelum memulakan sesuatu perkara baru, jangan main tangkap muat kemudian akan menyusahkan pihak-pihak terbabit.

“Harga produk petroleum di peringkat runcit tidak berkait secara langsung dengan harga minyak mentah. Ini kerana harga runcit berkait rapat dengan harga produk yang telah ditapis, dan harga produk yang ditapis ini berbeza bagi produk-produk yang berlainan.” – Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Dipetik dari New Straits Times.

Hot!!!  INILAH GAMBAR SELFIE PALING TERUK DI DUNIA, GAMBAR NO. 5 PALING RARE...

Harga minyak mentah semasa dunia sememangnya berkait secara langsung dengan harga petrol semasa iaitu harga bahan petroleum yang telah diproses seperti gasolin (petrol), kerosin dan diesel akan bergerak seiring dengan pergerakan harga minyak mentah.“Secara teknikal, sistem “managed float” sudah wujud sejak – malah lebih awal dari – awal 90-an sebelum krisis ekonomi Asia; namun rakyat tidak terdedah kepadanya kerana kerajaan telah menambah subsidi dan menyerap perbezaan antara kos sebenar dan harga yang dibayar pada pam, supaya harga petrol sama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.” – dipetik daripada Business Circle.

admin