Kurang Ajar, Pemandu Grab Ini Selamba ‘Bodohkan’ Pelancong China

BELUM lagi reda dengan isu membabitkan pemandu Grab yang ditahan kerana dipercayai merogol penumpangnya di Seri Kembangan baru-baru ini, muncul pula lagi kisah yang kurang enak mengenai pemandu syarikat pembekal perkhidmatan terkemuka di Asia Tenggara ini. Kali ini membabitkan seorang pemandu lelaki yang memperlekeh dan mengutuk dua penumpang yang merupakan pelancong dari China. Menerusi rakaman video yang mula tular di laman sosial sejak semalam itu memaparkan lelaki bertopi dan berkaca mata itu merakam dirinya sendiri dan dua penumpang warga China yang duduk di bahagian belakang.

Dalam rakaman tersebut, pemandu itu yang kononnya merakam video berkenaan sebagai ‘meraikan’ ulang tahun kelima Grab dengan selamba mengutuk dan menghina kedua-dua penumpang terbabit dalam bahasa Malaysia yang jelas tidak fahami oleh pelanggan itu.Dia mendakwa, penumpang warga China itu membuatkan dia ‘pening’ dipercayai kerana masalah komunikasi, sebelum pemandu terbabit mengelarkan mereka sebagai ‘bodoh’, ‘bengal’, ‘lahanat’ dan ‘musibat’.

“Si bodoh, lahanat, aku cari dia. Dia boleh duduk dalam jam (jalan sesak). Si bengal dua orang ni pakai baju belang macam Zebra ni, aku rasa macam nak tepuk je kepala dia. Seronok beb dapat customer (pelanggan) China,” kata lelaki itu dalam rakaman tersebut. Sambil meminta kedua-dua penumpang itu melambai tangan ke arah kamera, lelaki tersebut berkata: “China very good (Sangat bagus) dan musibat. 5 tahun raikan Grab… kita ada pelanggan (dari) China, yang bodoh-bodoh alam macam ni. Kau pening nanti. Jaga-jaga.”

Akibat tindakan kurang ajar pemandu Grab itu, netizen menyelar dan mengutuknya, selain ada yang mendesak supaya pihak Grab mengenakan tindakan yang sewajarnya berikutan perbuatan memalukan dan menghina penumpang. Ada netizen yang menganggap tindakan pemandu Grab ini menjejaskan imej negara dan pelancong itu mungkin boleh mengetahui maksud sebenar perkataan yang dilontarkan lelaki tersebut.

Hot!!!  KAJIAN Menunjukkan Bahawa Wanita Lagi “GATAL” dari “LELAKI” !! Ini Buktinya..

“Walaupun org tak paham dgn bahasa kita xpayah laa nak kutuk2 dia. Dia bayar kat kau macam tu kau layan customer.. Mana laa nak dpt keberkatan kalau macam tu,” tulis Akief Khan.

admin