Lihat 22 Gambar Pertumbuhan Janin dalam Perut yang Menyentuh Kalbu – Bagaimana Seorang Anak Dilahirkan

Apabila ditanya soal bagaimana proses perkembangan janin dari awal terjadi sehingga dilahirkan, biasanya kita akan menerangkan secara tidak mendalam; Proses senyawa, bagaimana janin berkembang dalam perut, dan akhirnya melahirkan seorang bernama anak. Padahal, proses pembentukan manusia dari awal penyawaan hingga melahirkan sangat menarik untuk ditelusuri. Terutama buatmu para calon IBU dan calon MAK yang akan melahirkan anak-anaknya, dan senantiasa memastikan kesihatan anak yang dikandungnya. Wahai para Ibu anda sememangnya amat istimewa bagi kami sebagai anakmu.

Kali ini MySumber Info menceritakan kisah Lennart Nilsson, seorang jurugambar yang berjaya merakam kehidupan janin dalam rahim ibunya dengan bantuan cystoscope, sebuah alat perubatan yang digunakan untuk memeriksa bahagian dalam pundi kencing. Gambar-gambar ini telah disiarkan di laman Brightside. Kini MySumber Info telah merangkum semua gambar lengkap yang diambil ketika proses perkembangan dan pertumbuhan janin dalam kandungan yang amat menakjubkan buat anda. Pastinya gambar-gambar ini akan membuat anda tersentuh!

1. Berjuta-juta sel sperma akan bersaing dan bergerak di sepanjang tiub fallopio menuju sel telur. Dari sekian banyak pasukan sel sperma yang bersaing, hanya akan ada satu sel sperma unggul yang boleh menembusi dinding sel telur.

2. Inilah penampakan sel telur dalam rahim sang ibu, berbentuk seperti lingkaran sinar yang mengelilingi matahari. Setiap bulan, hanya ada satu sel telur yang dihasilkan, letaknya pun tak tentu antara di saluran rahim kiri atau kanan.

3. Dan .. inilah sperma unggul yang berjaya sampai garis TAMAT dan mampu melewati dinding sel telur. Kini, dia akan menghadapi cabaran selanjutnya …

4. Sperma akan masuk ke dalam inti sel telur dengan membawa bahan genetik yang akan disatukan dengan bahan genetik yang dimiliki sel telur.

Hot!!!  LELAKI Kena Ikut Pantang Larang Ini Kalau Nak Kuat Tenaga Batin

5. Cuba perhatikan bahagian kepala sel sperma di atas, semua bahan genetik yang dibawanya ada di dalamnya.

6. Usia dua minggu selepas proses persenyawaan berlaku, sel telur akan membelah membentuk embrio. Embrio ini kemudian bergerak melalui tiub fallopio dan melekat pada dinding rahim.

7. Ini adalah penampakan embrio setelah 22 hari sejak pembuahan. Bagian abu-abu dalam gambar adalah bakal otak janin.

8. Pada minggu kelima, jantung mula terbentuk, selari dengan sistem peredaran darah.

9. Minggu ke-6, saluran saraf sepanjang punggung janin telah menutup. Jantung mula berdegup, sistem pencernaan dan pernafasan mula dibentuk, pucuk-pucuk kecil yang akan berkembang menjadi lengan kaki pun mula kelihatan.

10. Inilah penampakan bakal wajah si bayi, dengan bukaan mata, hidung dan mulut.

11. Sel-sel luaran janin bergabung dengan permukaan dinding uterus untuk membentuk plasenta.

12. Di minggu ke-8, sudah mulai terbentuk lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Anggota tangan dan kaki juga terbentuk walaupun belum sempurna.

13. Usia 10 minggu, kelopak mata bayi sudah setengah terbuka, dalam beberapa hari akan terbentuk menuju sempurna.

14. Pada usia ini juga, si bayi sudah menggunakan tangannya untuk mengenal persekitaran. Anda rasa bayi ini lelaki atau perempuan, ya?

15. Di minggu ke-15, kulit bayi masih sangat tipis sehingga pembuluh darahnya kelihatan. Sekilas mirip alien, kan!

16. Bayi mula menjangkau umur 16 Minggu. Mungkin akan mula ada sedikit pergerakan, tapi tidak akan terasa.

17. Beginilah penampakan pembuluh darah yang kelihatan melalui kulitnya yang masih sangat tipis..arahnya kelihatan.

18. Di usianya yang ke 18 minggu, janin mula boleh mendengar dan melihat cahaya yang dilekatkan melalui perut, pada waktu inilah anda sudah mula boleh bercakap dengan bayi anda dan bacalah ayat-ayat suci atau pun senandungkanlah bayi anda.

Hot!!!  Awas Jika Anda Mengalami Sakit Kemurungan dan Stress!

19. Usia ke 19 minggu, otak adik bayi telah mencapai jutaan saraf motorik, oleh itu ia mampu membuat gerakan sedar seperti menghisap ibu jari.Bayi mula semakin pintar.Waktu ini anda akan sering merasa bayi bergerak-gerak.

20. Sekarang usia bayi sudah mengjangkau 20 minggu, tingginya agak-agak 20 cm. cuba anda Lihat pada gambar, rambut mula kelihatan tumbuhkan?

21. Wajahnya mula nampak jelas. Mirip ayah atau ibunya….

22. Akhirnya, usia bayi menginjak 36 minggu. Kulitnya sudah halus, badannya sudah gemuk, organ dalam tubuh juga telah berfungsi baik. Kira-kira sebulan sahaja lagi bayi bersedia bertemu ayah dan ibu. Sang Ibu dan Ayah diluar sedang sibuk menyiapkan kelengkapan.

Demikian sedikit gambaran mengenai perkembangan janin di dalam rahim. Para calon ibu harus tetap menjaga kesihatan selama masa kehamilan dan memahami proses persalinan, ya. Jika ada tahap yang tidak sesuai, mohon dimaklumi dan mengingati masing-masing sebab janin mempunyai proses pertumbuhan yang berbeza-beza. Selamat menantikan kelahiran calon bayi anda kelak. Moga mendapat bayi yang sempurna dan comel-comel.

SILA KONGSI ARTIKEL INI!

admin