Misteri Kehilangan Pesawat Hawk 108 TUDM Di Kuantan Terjawab Kerana…

PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) dikhabarkan menemui payung terjun di kawasan pencarian, di utara Kuantan, selepas Zohor, hari ini. Difahamkan, dua juruterbang Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang hilang ditemui bersama payung terjun itu.

Pesawat Hawk 108 milik TUDM yang dikendalikan mereka sebelum ini dilaporkan hilang di utara Kuantan iaitu di sempadan antara Terengganu dan Pahang, 11.30 pagi tadi. Pesawat yang terlibat dalam operasi SAR itu adalah Hercules C130 dan Eurocopter EC725 yang memulakan pencarian pada 11.49 pagi. TUDM dalam kenyataan, hari ini melaporkan kehilangan pesawat itu selepas berlepas dari Pengkalan Udara Kuantan pada 11 pagi sebelum terputus hubungan. Satu sidang media khas Panglima Tentera Udara (PTU) akan diadakan di Pangkalan Udara Kuantan, kira-kira 4 petang.

Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 di Chukai, Kemaman, Terengganu, hari ini sepatutnya pulang ke kampung di Felda Lui Muda, Jempol Sabtu ini selepas mendapat cuti Aidilfitri.

Bapanya, Zahari Md Din, 65, berkata, dia dimaklumkan Mohd Hasri mendapat cuti selama 10 hari. Katanya, adik Mohd Hasri, Norhaslinda, 30, sudah merancang menjemputnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabtu ini dan kali terakhir menghubungi ibunya, Hatijah Abd Hamid, 60, seminggu lalu.

“Arwah adalah anak tunggal lelaki daripada empat beradik. Kali terakhir arwah menghubungi menghubungi ibunya seminggu lalu namun tidak diketahui apa yang mereka bualkan,” katanya sambil anak perempuan arwah baru berusia enam bulan,” katanya.

Zahari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Lui Muda berkata, dia tidak tahu anaknya berada di Kuantan, Pahang menjalani latihan.

“Saya ingat arwah berada di Labuan kerana setahu saya, dia memang berpangkalan di sana. Sebab itulah bila terdengar berita mengenai pesawat hilang pagi tadi, saya buat tidak tahu. Saya ingat bukan anak saya hinggalah menerima panggilan dari menantu kira-kira 1 tengahari tadi memaklumkan Mohd Hasri terkorban dalam nahas itu,” katanya ketika dihubungi.

Hot!!!  Nasi Lemak Hello Kitty Kini Mula Tular

Selain Mohd Hasri, turut terkorban dalam nahas berkenaan ialah Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39. Kedua-duanya ditemui 20 meter antara satu sama lain.

admin