Penampakan Hantu Dalam Gambar Wany Hasrita, Ini Penjelasan Paling Mengejutkan

Penampakan Hantu Dalam Gambar Wany Hasrita mula tular beberapa hari lalu, sekeping foto penyanyi Wany Hasrita menjadi tular di laman sosial kerana kelibart hantu di cermin tingkat atas.

Ini gara-gara kelibat imej wanita berambut panjang yang menjelma di belakang penyanyi tersebut tanpa disedarinya. Ramai yang mempercayai penampakan tersebut adalah ‘hantu pontianak’. Bagi menjawab persoalan yang bersarang di fikiran netizen, Wany akhirnya tampil memberikan penjelasan.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu, foto tersebut sebenarnya hanyalah gurauan daripada pengguna laman sosial.

Mana ada hantu, itu semua mereka sunting sahaja, kalau lihat gambar Wany Hasrita asal tiada apa-apa pun di belakang saya. Gambar itu diambil tahun lalu, entah mengapa baru disunting dan mereka letak imej hantu pula. Tapi saya sudah jelaskan di ruangan komen gambar tersebut supaya peminat tidak mempercayainya.

Meskipun menganggap hal tersebut sebagai isu remeh dan gurauan, Wany tetap menyimpan perasaan bimbang akan niat sebenar individu yang menyunting foto berkenaan.

Dalam hal ini mereka sengaja ingin bergurau tapi secara jujurnya memang ada rasa bimbang kerana gambar suntingan seperti ini jika disalah guna akan jadi lebih teruk. Ia seperti melibatkan kes-kes artis beberapa hari ini yang mana boleh menjejaskan imej mereka. Sumber: Mstar – Penampakan Hantu Dalam Gambar Wany Hasrita, Ini Penjelasan Paling Mengejutkan.

Incoming search terms:

Hot!!!  Video Bigo Atress Ariel Tatum Tak Pakai Baju Dalam Ditonton 2 Juta Kali, Aktres Yang Ayu dan Gebu Indonesia

admin