Please Afifah Jangan Dolak-Dalik Lagi, Kau Dan Aku Pernah ?? Aliff Minta Maaf Curang

SHAH ALAM: Penyanyi Aliff Aziz akhirnya mengaku sikap kerana curang terhadap isterinya Bella Astillah selepas dia kantoi berdua-duaan dengan Nur Afifah Nasir di kelab karaoke, Khamis lalu.
Aliff, 26, berkata, dia tidak mahu menafikan perkara berkenaan, sebaliknya meminta maaf kepada semua pihak yang terjejas kerana kontroversi itu.

“Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan dan saya akui melakukan perkara itu atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan.

“Apa yang saya boleh katakan, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Perkara sebenarnya hanya saya dan dia (Afifah) sahaja yang tahu,” ujarnya.

Aliff ditemui pada sidang media berhubung kes itu di Hotel Roof Garden, dekat sini, pada Isnin.

Ia pertemuan pertama Aliff dengan wartawan selepas dilanda kontroversi berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang Khamis lalu, Bella, 23, bersama ibunya mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita bernama Nur Afifah Nasir di pusat hiburan tersebut.

Aliff ditahan polis pada 2.30 pagi Jumaat dan dibebaskan sehari kemudian. Malah, Bella telah menarik balik laporan polis pada hari yang sama.

Dalam pada itu Aliff berkata, kesilapan tersebut merupakan paling besar yang pernah dilakukan dalam kehidupannya yang mana turut melibatkan beberapa pihak lain.

“Saya harap pihak Afifah tidak berdolak-dalik dan berfikiran sama untuk mengaku bersalah. Pada saya dia tidak perlu untuk menegakkan benang yang basah.

“Kalau niatnya mahu menjaga reputasi, ia sudah pun berakhir,” ujarnya.

Hot!!!  7 Gaya Sedondon Raya 2017 Luar Biasa, No. 7 Paling Gempak!

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge