Tiada Duit Sara Diri, Atikah Suhaime Terpaksa Balik Kampung

Gara-gara tidak mendapat sebarang tawaran berlakon selama enam bulan, Atikah Suhaime kini terpaksa melupakan kerjayanya seketika dan pulang ke Singapura. Jelas pelakon itu, disebabkan tiada tawaran beliau terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk menyara hidup.

Kedengaran seperti merajuk tetapi itulah keputusan yang diambil Atikah Suhaime apabila ingin berehat seketika dari dunia hiburan. Menerusi akaun Instagram, Atikah seolah memberi gambaran bahawa semangatnya sudah hilang setelah beberapa tahun bergelar anak seni.

“Selama lima tahun, kehidupan saya ibarat di awan dan tidak berhubung dengan dunia sebenar. Saya juga sudah ketinggalan banyak hari jadi dan hari perkahwinan, malah ketinggalan hari kelahiran satu-satunya anak saudara saya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Dalam kenyataan itu, Atikah turut memberitahu bahawa dirinya sangat merindui kehidupannya yang dulu (sebelum bergelar selebriti), malah katanya pelbagai pengorbanan dilakukannya untuk berada di tahap yang sekarang. Dengan itu, beliau ingin meluangkan masa bersama keluarganya seketika.

Rata-rata peminat terkejut dengan pengakuan yang dibuat serta berharap Atikah akan menemui semangatnya yang telah hilang. Dalam masa yang sama, ada juga peminat yang bersetuju dengan kenyataannya itu dan mendoakan yang terbaik untuk pelakon kesayangan mereka.

Untuk lebih berita dan lebih cerita sila klik kotak dibawah…

 

Hot!!!  (7 Gambar) Ardell ni Buat Lelaki Meleleh Nak Tengok Gambar Ke-3 Nampak bro.. aduss

admin