Tular Harga Sepinggan Nasi RM32, Kedai Makan Di Sita PPDNKK

Kedai makan yang tular kini kerana mengenakan caj sepinggan nasi RM32.00 telah disita beberapa lauk yang dipamer dikedainya oleh PPDNKK Negeri Terengganu. Kisah sepinggan nasi RM32.00 yang tular dilaman sosial dan banyak natizen memberi komen buruk kepada pemilik gerai makanan tersebut.

KUALA TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada sebuah kedai makan di Kemaman kerana mengenakan caj harga tidak munasabah.

Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, notis itu dikeluarkan oleh penguat kuasa PPDNKK cawangan Kemaman Rabu lalu selepas melakukan pemeriksaan terhadap warung yang tular di media sosial oleh seorang lelaki yang mendakwa dikenakan harga RM32 bagi sepinggan nasi.Menurutnya, selain notis pihaknya turut menyita tiga jenis lauk iaitu 13 ketul ikan siakap, 10 biji telur rebus dan 52 ketul hati pedal kerana pemilik kedai gagal mempamerkan tanda harga.“Bagaimanapun, kita tidak dapat membuat pemeriksaan bagi makanan yang dikatakan caj tinggi kerana lauk pauk itu tidak dipamerkan pada hari tersebut,” katanya.

Azlan berkata, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah peraturan dan seksyen Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Isu tersebut menjadi tular minggu lalu selepas seorang lelaki memuatnaik status di Facebook tentang dirinya dicaj RM32 bagi sepinggan nasi berlaukkan seekor udang galah, dua potong sotong dan sayur kangkung. Dia terkejut dikenakan harga sedemikian kerana kedai makan tersebut hanya kedai biasa, bukan bertaraf restoran eksklusif. Ia kemudiannya mendapat reaksi netizen yang mengecam tindakan pemilik kedai terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Hot!!!  Video Papan Poster Gadis Shell Di Cabul - Kenali Nor Shafila Lebih Dekat

admin