Video Biadab Aksi Menari Atas Kubur, Sekumpulan Remaja dikecam Netizen

SEKUMPULAN remaja dikecam apabila video aksi tarian mereka di atas kubur mula tular di media sosial.Menerusi laman Facebook Viral Agency, admin telah memuat naik video menujukkan sekumpulan lelaki melakukan tarian kurang bermoral di sebuah tanah perkuburan. Tonton Video Di Bawah.

Dalam video berkenaan, tiga remaja itu tanpa rasa bersalah memijak dan mencangkung di atas pusara di tanah perkuburan itu. Mereka juga kelihatan tersenyum dan ‘berseronok’ dengan perbuatan itu. Rata-rata netizen yang menonton video itu melahirkan rasa kesal dan marah dengan sikap remaja terbabit yang dianggap seolah-olah menghina agama.

Rata-rata netizen yang menonton video itu melahirkan rasa kesal dan marah dengan sikap remaja terbabit yang dianggap seolah-olah menghina agama.

Berikut adalah antara respons dari netizen:

Ujeng Slumber: “ALLAH bagi sihat tubuh badan tapi tidak tahu untuk mensyukuri nikmat yang diberikan, bila dah ditimpa musibah kat diri mula salahkan takdir.”

Mohd Akmal: “Semoga mereka ini segera bertaubat dan diberikan hidayah. Sungguh memalukan sikap seperti ini.”

Shah Shahrun: “Dapatlah balasan tu nanti dengan perbuatan yang dilakukan ini. Inilah contoh manusia yang tidak mempunyai akal fikiran.”

Nur Ain: “Sia-sia tuhan ciptakan korang, baik korang segera bertaubat sebelum ajal tiba.”

Norerma Erika Elissma: “Amboi-amboi dah tidak waras ka mereka semua ini, diatas kubur juga nak menari, macam tak ada tempat lain dah”.

Mumy Adiah: Subhanallah! semoga Allah turunkan bala pada budak-budak ni. Tak ada rasa hormat kat pusara. Moga Allah bagi bontot dia bengkak sampai tak boleh jalan ketika itu baru dia nak insaf agaknya.”

Muhammad Hanif Johar: “Eh aku kalau dapat budak ni mau aku ketok pakai batu lagi baik.”

Hot!!!  INILAH GAMBAR SELFIE PALING TERUK DI DUNIA, GAMBAR NO. 5 PALING RARE...

Namun video yang berdurasi 22 saat itu dikatakan berlaku di negara jiran dan kebanyakan netizen berharap agar remaja di negara ini tidak meniru aksi yang dilakukan oleh mereka.

Sumber dari : Astro Awani

admin