Video Penuh – Fasha Sandha Gelek Sakan Nyanyi Lagu I Am Me …. Jangan Tergoda Pulak

FULAMAKKK… gelek sakan nampak Fasha hihi.

Aksi pelakon Fasha Sandha berkongsi video menyanyi sambil menari lagu I Am Me bersama dua anaknya menjadi perhatian netizen dan mendapat lebih 350,000 tontonan sehingga malam Jumaat.

Video berdurasi seminit itu menunjukkan Fasha yang manis berbaju merah jambu dengan gemalai tarinya menyanyikan lagu I Am Me dendangan Datuk Seri Vida itu sambil melayan manja karenah dua cahaya matanya, Putra Rayfal Ramli, 3, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia dua tahun.

Video dengan keterangan gambar “Everytime ‘I Am Me’ Comes On! Fenomena dah macam Despacito! Congrats Dato Seri Vida dan KRU!” itu dipercayai dirakam di kediamannya.

Melihat keletah Fasha melayan Rayfal dan Raysha benar-benar menghiburkan. Begitulah sayangnya seorang ibu kepada anak-anak. Anda dapat lihat sendiri bagaimana video tersebut yang telah dikongsikan di laman Instagram.

Ia mengundang pelbagai reaksi netizen yang antara lainnya terharu melihat bagaimana ibu tunggal ini cuba mencipta suasana bahagia bersama anak-anaknya di rumah dengan cara mereka sendiri.

Malah aksi Fasha mendukung sambil memeluk erat Rayfal dan Raysha di penghujung video tersebut menyentuh hati ramai netizen yang rata-ratanya menyifatkan Fasha seorang ibu tunggal yang cukup tabah dan penyayang.

Untuk lebih berita dan lebih cerita sila klik kotak dibawah…

Hot!!!  Luahan Hati Joy Revfa “Saya Juga Nekad Mahu Cerai” Buat Netizen Sayu - "Apa guna kalau bergelar suami-isteri sedangkan tiada lagi perasaan sayang itu. Cukuplah!

admin