Wanita Ini Sanggup Berhenti Kerja Kerana Tidak Mahu Derhaka Pada Suaminya

Kisah Benar Wanita Ini Sanggup Berhenti Kerja Kerana Tidak Mahu Derhaka Pada suami | Subhanallah, Masyallah…Allahuakbar… (KISAH BENAR ISTERI YANG MERASA DERHAKA PADA SUAMI)

Wanita Berhenti Kerja

Peringatan Rasulullah Kepada Wanita

Ketika aku sedang menanti teman menjemput ku di masjid, aku melihat seorang wanita bertudung seperti menunggu seseorang juga. Lalu aku menegurnya untuk berbual bual sambil menanti teman menjemput ku pulang.

Selepas bertanya khabar dan berbual seketika, tiba-tiba wanita itu bertanya, “Cik sudah berkahwin?”. Jawabku, “Belum”. Dan aku bertanya pula, “Tunggu siapa?”. Jawabnya, “Menunggu suami.”

Aku melihat wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yang besar. Seperti wanita berkerjaya. Lalu aku beranikan diri untuk bertanya, “Kakak kerja di mana?”

“Alhamdulillah 2 jam tadi, secara rasminya saya tidak bekerja lagi,” jawabnya dan terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Lalu aku bertanya, “Kenapa?”.

Jawabnya tegas, “Ini adalah langkah awal untuk wanita yg berkerja untukk lebih taat kepada suaminya.” Aku kehairanan dengan jawapannya apatah lagi melihat dia tersenyum.

“Saudari boleh saya ceritakan kenapa. Semoga ia boleh dijadikan pelajaran yang baik. Saya bekerja di pejabat yang mana gaji saya 10 kali ganda lebih besar dari suami. Suami saya di waktu pagi berniaga roti bakar dan di waktu petang berniaga ais cendol.

“Kami baru bernikah 3 bulan dan kelmarin buat pertama kalinya saya menangis kerana merasa derhaka kepada suami. Saudari tahu kenapa? Waktu itu jam 7 mlm suami saya akan menjemput saya seperti biasa di pejabat. Kebiasaannya jam 3 saya sudah pulang tapi pada hari itu kerja saya sangat banyak. Sampai di rumah saya kepenatan.

“Kerana kepenatan kepala saya begitu pening. Kebetulan suami saya beritahu badannya seperti berangin dan kepalanya pening juga. Dia meminta saya mengambilkannya air segelas. Saya kata saya sangat keletihan dan memintanya ambil sendiri.

Hot!!!  Imam 'Dreadlocks' Tak Sangka Video Solat Jadi Viral Kini

“Jam 11.30 malam baru saya tersedar dan cepat-cepat menunaikan solat Isyak. Selepas solat saya melihat suami lena tidur. Saya ke dapur dan melihat pinggan mangkuk sudah dicuci. Pakaian kami sudah dibasuh. Siapa lagi yang buat jika bukan suami saya.

“Astagfirullah, bukankah suami saya juga beritahu dia juga pening kepala. Rasa hiba mula saya rasakan. Lalu saya ke bilik utk menerangkan kepadanya keadaan saya tadi. Saya tengok dia lena tapi saya pegang wajahnya. Masyallah panas sungguh badannya. Dia demam panas.

Saya teringat kata-kata terakhirnya sebelum saya tertidur tadi. Dia hanya menyuruh saya mengambilkannya air saja tapi saya membantahnya. Air mata saya ini menitis mengenangkan saya melupakan hak-hak suami saya,” ujarnya

Subhanallah, aku melihat kakak ini bercerita dengan semangatnya,membuat hati ini sayu. Dan dapat ku lihat titisan air mata yang diusapnya.

Sambungnya lagi, “Dengan gaji yang saya miliki, saya merasa tak perlu meminta nafkah pada suami kerana gaji saya jauh lebih besar dari suami apatah lagi yg diberikan kepada saya nilainya begitu sedikit. Tapi suami selalu memberikan hasil jualannya dengan ikhlas dari lubuk hatinya.

Setiap kali memberikan hasil jualannya, dia selalu berkata “Umi, ini ada sedikit rezeki dari Allah. Ambil ya. Buat keperluan kita. Walaupun tidak banyak jumlahnya, mudah-mudahan Umi redho”, begitulah kata suami saya.

“Saat itu saya baru merasakan betapa harta ini membuatkan saya sombong dan derhaka pada nafkah yang diberikan suami saya, dan saya yakin hampir tidak ada wanita berkarier yang selamat dari fitnah ini”

Alhamdulillah saya sekarang bernekad untuk berhenti bekerja, mudah-mudahan saya lebih tahu menghargai nafkah yang diberikan suami. Memang sifat wanita sering susah hati jika tanpa harta, dan kerana harta juga wanita sering lupa pengorbanan seorang suami.

Hot!!!  Gambar Penuh – Suami Naik Gila Baca Wassap Isteri dan Kekasih, Mana Sedap ? I Ke Hubby You?

“Saya berkunjung ke rumah orang tua, dan menceritakan niat saya ini. Saya sedih mereka dan saudara-mara tidak bersetuju niat saya untuk berhenti berkerja. Mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dgn suami-suami yang lain.”

Wanita Berhenti Kerja Kerana Taat kepada Suami

Kewajipan Isteri

“Saudari tahu, saya hanya mampu menangis saat itu. Saya menangis bukan kerana apa yang dikatakan adik saya itu benar, Demi Allah bukan kerana itu. Tapi saya menangis kerana imam saya sudah DIPANDANG RENDAH olehnya.

“Bagaimana mungkin dia meremehkan setiap titis keringat suami saya, padahal dengan titisan keringat itu, Allah memandangnya mulia ? Bagaimana mungkin dia menghina orang yang sentiasa membangunkan saya untuk sujud di malam hari? Bagaimana mungkin dia menghina orang yang dengan kata-kata lembutnya selalu menenangkan hati saya?

“Di saat kebanyakan orang lebih memilih jadi penganggur tetapi suami saya, tak ada rasa malu baginya utuk menafkahi isteri dengan nafkah yang halal. Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya.

“Suatu hari nanti jika saudari mendapat suami seperti suami saya, saudari tidak perlu malu utk menceritakannya pekerjaan suami pada orang lain. Bukan masalah pekerjaannya tapi masalah halalnya, berkahnya dan kita memohon pada Allah semoga Allah menjauhkan suami kita dari rezeki yang haram,” kata-kata terakhirnya sambil tersenyum manis padaku.

Kulihat dari kejauhan seorang laki-kata dengan menggunakan motor buruk menghampiri ke arah kami, wajahnya ditutupi kaca helmet. Sambil mengucapkan salam, wanita itu meninggalkanku. Wajah wanita itu tenang sekali, wajah seorang isteri yang begitu redha.

Ya Allah…

Sekarang giliran aku yang menangis. Hari ini aku dapat pelajaran paling berkesan dlm hidupku. Pelajaran yang membuatku menghapuskan persepsi utk mencari orang-orang kaya sebagai calon suamiku yang selalu bermain dibenak pemikiran ku selama ini. Subhanallah..Walhamdulillah..Wa Laa ilaaha illallah…Allahu Akbar

Hot!!!  Rahsia Besar dan Misteri Jubli Jerusalem di Malaysia - Pendedahan Dari Seorang Kristian

Semoga pekerjaan, harta dan kekayaan tak pernah menghalangimu untuk tidak menerima pinangan dari lelaki yang baik agamanya..

Kisah ini diceritakan oleh Cik Nurul (Bukan nama sebenar) : SUMBER

FOLLOW >>> FAN PAGES SUMBER INFO MALAYSIA

SHARELAH CERITA INI

admin