Zara Zya mula dikecam Natizen Bila Bercerita Pasal Anu?

Gara-gara video pendek yang menerangkan perihal mati pucuk, Pelakon Zara Zya mula dikecaman orang ramai, khususnya warga maya gara-gara kempen mencegah mati pucuk yang dilakukannya.

Kata Zara, dia hanya menyampaikan mesej diamanahkan oleh sebuah badan kerajaan dan bukan berniat memperkecilkan lelaki yang menghadapi masalah berkenaan.”Saya sedih sebab ramai yang terlalu sensitif, tidak boleh jentik sikit. Zara hanya mengingatkan bukan mengutuk. Mungkin ada di antara mereka yang tidak sedar, lupa atau tidak tahu,” katanya.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 31, ditemui pada Program Syawal TV3 dan TV9 kelmarin di Kuala Lumpur.Pelakon I Love You Mr Arrogant itu berkata, dia pada mulanya ditawarkan untuk mempromosikan kempen kesihatan, namun hanya mengetahui mengenai iklan mati pucuk itu setelah diberikan skrip.

Menerusi video rakaman yang turut dimuat naik di Instagram, Zara mendedahkan statistik kajian yang mendapati 1 daripada 4 lelaki di bawah umur 40 tahun di Malaysia mengalami masalah mati pucuk.

Katanya, pada 2012, dianggarkan seramai 1.1 juta lelaki negara ini mengidap kanser prostat. Sehubungan itu, Zara menyeru kaum lelaki mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak lupa melakukan pemeriksaan kesihatan.Bagaimanapun, tidak semua netizen yang menonton mesej disampaikan gadis genit itu dapat menerima kempen itu secara terbuka.

Mereka malah mempersoalkan mengapa Zara perlu berbicara mengenai topik seumpama itu sedangkan dia adalah seorang wanita. “Ini adalah kebiasaannya yang menjadi mentaliti segelintir orang kita, hanya tahu mengecam berbanding melihat kebaikan,” katanya.

Walaupun menerima kutukan, Zara berkata selepas itu dia banyak menerima mesej daripada peminat di media sosial yang bertanya mengenai masalah kesihatan lelaki. Tambah Zara, dia sebenarnya bersedia untuk menjadi duta kempen kesihatan, namun khuatir untuk membabitkan diri kerana pandangan negatif daripada sesetengah masyarakat.

Hot!!!  Cun Habis... 10 Gambar Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Buat Lelaki Cair

“Saya memang berminat kalau ditawarkan untuk menjadi duta sesuatu kempen seperti kanser payu dara misalnya kerana dapat membantu mengedarkan informasi kepada orang ramai. “Tetapi melihatkan lebih banyak komen negatif, hah lantaklah…” katanya.

admin